Friday 27 December 2013

My Family Gathering

hi korang.. hai hampa semua.. cheq oghang kedah..~~
hari ini family besar niena sebelah ayah buat makan - makan.. berkumpul adik beradik suma kat rumah tok wan...
 oleh sebab rumah niena and rumah tok wan tu sangat lah 'jauh' ( iaitu terletak beberapa langkah dari pintu rumah niena ), niena pi awal la.. pkol 11.30 pagi ('awal' sangat kan? )

tak yah cita la suma tu.. sepanjang gathering tu ada beberapa perkara gempak yang berlaku.. jeng.. jeng.. jeng.. firstly,, tetiba ja ada sedara dari gombak datang.. rezeki diorang lah kan ada makan-makan.. secondly,,
 my bad luck has come.. masa niena tengah bersemangAT nak goreng ayam,,, hati ayam yang dalam kuali tu meletop..!! habes minyak terpercik kena tangan.. sakit tu tk payah cerita lah.. macam nak menangis.. tapi sebab ada orang ramai, kena la control comei kan?!.. hik hik..

thirdly,, masa nak hidangkan makanan, I'm in charge,.. so niena yang hidangkan nasi and lauk-pauk.. for drinks,my sis yang in charge, . masa tengah sendukkan nasi  untuk dihidangkan kepada keluarga yang rapat-rapat ni,, surprisingly,, niena jumpa cincin dalam nasi tuh..
cun jer cincin tu dok dalam nasi.. hakhak... cincin my sis.. yang hairannya, dia pun tak sedar yang cincin dia terlucut masa tanak nasi tu.. haih.. macam-macam.. haha..
~just for fun~ if you ( my sis) reading this post,, I'm sorry.. not mean to hurt you at all. just for fun..

Wednesday 18 December 2013

Apa ada di Pulau Pinang?

hi,, niena nak share tempat-tempat menarik yang ada di Penang.. niena suka sangat pi Penang sebab best sangat!!!

ok,,
1) Penang Hill.. atau lebih dikenali dengan nama Bukit Bendera.. samalah tu..

fee untuk naik turun is adult: RM8.00 and for children : RM4.00. beroperasi dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.. Jangan lupa pi Bukit Bendera kalau pi Penang..

2) Jalan Seni
kita boleh tengok banyak art yang ada di sini.. sangat cantik dan menarik..

untuk ke sini fee tidak diperlukan.. percuma dan di buka 24/7..

3) Fort Cornwallis
entry fees for adult is RM2.00. open from 9 a.m to 7 p.m. Kalau kita pi Penang naik feri,, dah dekat la dengan pelabuhan kita turun feri tu...

4) Escape.. My favourite!!! aaa.... soooo,,,, excited..

best sangat tempat ni.. banyak aktiviti yang boleh dilakukan.. jangan risau kalau ada adik-adik kecil sebab setiap pengunjung ada aktiviti yang sesuai tidak mengira umur.. open from 9 a.m to 6 p.m. entry fee for adult is RM60 ang children is RM45.

5) Penang Aquarium
banyak ikan and binatang-binatang yang hidup dalam laut.. kanak-kanak adik -adik mesti suka tempat ni.. open from10 a.m to 5 p.m.. entry fee for adult is RM5.00 and for children is RM2.00.

that all.. niena cuma share sebahagian daripada tempat-tempat menarik di Penang.. ada banyak lagi selain ini..

niena berkesempatan pi pantai di Batu Feringgi beberapa hari yang lalu.. sanagat cantik dan banyak aktiviti yang kita boleh buat.. boleh mandi pantai,berkelah, boleh naik kuda, ada banana boat, parasailing dan banyak lagi.. jet ski pun ada...
bezzz sangat.. Jom la kita sama-sama cuti-cuti Malaysia!!!

cuti-cuti jugak..adik-adik jangan lupa baca buku.. akak ni dah lepas segala bala,,boleh la merdeka,.. adik-adik yang ada exam tahun depan jangan nak merdeka sangat. nanti menyesal tak sudah pulak.. bye!!






Monday 16 December 2013

My Cousin's Wedding..

A few weeks ago,,my cousin get married. her name is Siti Hajar.. She is very sweet and pretty.
wedding dia sangat lah grand and tak tau la nak cakap apa.. memang bez..
here I share the video of their akad nikah..

sepanjang menghadiri majlis perkahwinan mereka yang diadakan di shah alam,, saudara-mara yang datang dari kedah menginap di sebuah homestay,,.
rumah nya sangat cantik dan selesa. fully furnished and air-conditioner.

 ada 3 bilik 3 toilet 1 dapur and 2 ruang tamu. tv suma ada la...
 bila dah abis akad nikah,, kami pi la jalan-jalan kat putrajaya,...
bila dah habis semua acara,,tunggu apa lagi,,berambus la kan.. ni suma barang-barangnya.. banyak kan? baru 3 hari,,.. kalau 1 thn,,mcm mana la..

masa on the way balik tu,,hujan sikit-sikit..




My Educamp Experience

27/11/2013
dah habis exam bio,,, last paper untuk SPM.. balik tu terus check UTP.. and niena dapat educamp pada 14/12/2013..

13/12/2012
niena bertolak ke Perak Darul Ridzuan (betol tk??)... haha.. keluar dari rumah pukul 8.30 pagi.. lepas itu pergi ambil kawan niena.. athirah.. dia tumpang niena,.. and then pergi rumah wa niena untuk sahkan sijil..dekat ja rumah dia.. kitorang breakfast pun kat situ.. langkah kanan kan..? jimat dah breakfast.. haha.. pukul 10 pagi bertolak dari rumah a terus ke perak.. menuju sitiawan.. pukul 3 petang smpai di sitiawan.. kami singgah makan di Rojak Manjung.. dan teruskan perjalanan ke Taman Sejati Suria.. rumah kakak untuk menginap sepanjang kami di perak..

petang pukul 6 cm tu kami pi tgk UTP.. nk bajet duration pi sana brapa lama suma kan... malam kami makan Nasi Kukus.. sedap jugak.. ok la...

niena n athirah practice sikit-sikit speaking bi malam tu.. kitorang practice sambil iron baju.. haha.. tak boleh tidor langsung malam tu.. punyalah risau.. athirah pun kata dia tak boleh tidur..tapi baru letak kepala dia dah 'jalan' ntah ke mana..

14/12/2013
niena set alarm pukul 4.55 pagi.. nak bangun pukul 5,so kena la set 5 minit awal sebab nk mengeliat lagi kan.. tapi masalahnya, alarm tak kringggg (my alarm not ringing like this,, my alarm lagu  GD crooked.. haha) lagi dah berkelip-kelip mata. mak jerit kt dapur "kakak bangun dah pukul 5.." 1 saat ja, terus bangun.. selalunya berjam-jam baru bangun.. niena kejutkan tirah.. "wei,,bangun".. dia boleh kata cam ni.. "oh! sorry, aku masuk kawasan hang"... niena macam ?????? kenapa dia ni.. hahaha,,,....

ok lah... sudah merapu.. pukul 6.30 pagi we start our journey to UTP.. sebab jauh kan.. pukul 7.20 pagi kami sampai.. ramai sangat orang.. tapi tak la ramai sangat pun.. ramai dengan parent ja..
bila sampai,, kita kena beratur untuk buat pendaftaran.. panjang jugak line,.. tapi jangan risau sebab tunggu tak lama pun.. sementara menunggu tu ada akak comey sorang ni akan bagi kita 1 card.. macam name tac la.. ada number giliran and group kt card tu.. niena dapat group c nuber 48.

bila sampai di kaunter akak tu akan tanya number ic start dari tengan ok..? yg kita punya bezday tu tak payah la..
n then, masuk dalam dewan canselor tu dengar la pengenalan pasal UTP sikit.. yuran suma kan.. my fee kalau dapat study kt situ is RM 17,280 for 1 year.. Foundation prog. memang la 1 thn kan..?..

korang jangan ingat group c tu bad luck tau.. sebab group C n D akan habis lagi awal dari group A n B. kesian diorang,, dh la datang awal, balik lambat.. group C n D datang lewat balik awal..
untuk niena yang group C ni,, interviewnya di sebelah pagi.. pukul 10.30 pagi. kita bergerak ke blok B naik bas. di masukkan ke dalam sebuah bilik yang ada banyak meja yang disusun in group of 5.. setiap meja dah ada 3 orang lelaki.. setiap group wajib ada 2 girl n 3 boys. niena n athirah pilih untuk sit in group 10. sebab ada seorang boy yang pakai kemeja warna hijau yang sangat menarik perhatian..
so duduk la kat situ.. diorang suma dari kelantan.. nama Firdaus,Lutfi and lagi satu tu 'unknown' sebab nametac dia dalam poket.
ok.. kita diberi 1 kertas yang ada tugasan kat situ.. setiap ahli kumpulan akan dapat tugasan yang berbeza tapi tajuk besar yang sama. kita kena bagi opinion ang suggestion pasal tajuk tu lah.. masa yang di ber is 10 minutes...

lepas tu kita akan di bawa ke waiting room.. menunggu saat-saat perbicaraan.. jalan kaki ja la. dekat ja.. tunggu la sampai interviewer tu panggil kita.. malangnya dalam group niena, I'm the first one to be interviewed. oh... hooohoohoo.. masuk ja dah terus kena panggil..
oleh sebab niena group 10, dapat la interviewer panel 10.. seorang ja.. sangat baik dan ramah. masa niena masuk bilik dia, dia pun macam tak ready lagi baru nak susun kerusi n bla-bla..

bila dah start interview individual ok.. masuk sorang-sorang.. macam dalam kubur dah gayanya..
masuk tu bagi salam la..
dia tanya nama,,apa yang niena dah dengar pasal UTP, kenapa pilih UTP, macam mana boleh isi borang UTP and so on.. dia bagi nasihat suma la.. (kalau niena cerita semua,, tak bez la kan untuk candidate tahun-tahun depan,,tak suspens gitu.., rasa lah sendiri nanti)

bila dah keluar,kita kena tunggu ahli kumpulan kita habis individual interview, and then kita proceed untuk group interview,.. note that org yang first and last bukak mulut dalam group interview tu dapat more marks.. kita kena berdebat pasal task yang diorang bagi tu.. bila dah habis,sembang-sembang sikit dgn interviewer tu,, lepas tu keluar la.. tunggu lagi..?..

dah habis boleh la pergi jumpa parent,makan dan solat semua kat masjid UTP. then proceed dgn personality test.. kejap ja test ni. 30 minit pun dah habis.. lepas tu boleh la balik..

Masalah yang dihadapi sepanjang interview ini adalah.. ahli kumpulan niena datang dari kelantan. dan niena datang dari kedah.. pelat dan cara kami bercakap adalah berbeza.. dan niena langsung tak paham apa yang diorang cakap.. hahaha..